Semoga Bertemu Kembali

"Semoga bertemu kembali," bisik hati ku pada setiap malam sebelum selimut menyelimuti badan. Dingin di Bangalore- India menandakan bermulanya musim winter yang bakal menjelma. Walau salji tidak menimpa bumi Bangalore, tapi suasana kabus pasti menghalangi permandangan mata untuk melihat panorama ciptaan Allah yang sungguh indah.

Kita terlupa satu benda sebelum tidur



Saya suka menulis artikel dalam keadaan untuk "refleks" semula kepada diri saya disamping memberi bacaan kepada pembaca sekalian. Pada setiap malam, selalu muncul dikaca tv mahupun di laman facebook, mereka-mereka yang sedang bergembira. Bersorak sana dan sini demi memecah keheningan malam. Ditambah pula, dengan siren keretapi yang selalu mengegar apartment tempat saya tinggal.



Di Bangalore mahupun sekitar seluruh pelusuk India, majoriti kedai akan buka lambat tutup awal. (11 am - 9 pm). Agak susah kalau ingin berjalan-jalan waktu malam seperti di Malaysia. Lebih sedikit dari pukul 9 pm, semua kedai dah mula mengemas barang-barang. Para pakcik driver auto sudah boleh senyum lebar kerana caj akan berganda bila melewati pukul 9 malam.

Selepas menelaah buku dan bersuka ria bersama teman dan keluarga, tiba pula masanya katil memujuk kita agar segera di tempat tidur. Keadaan normal bagi manusia kerana waktu malam waktu untuk berehat, siang waktu untuk mencari rezeki.

Lalu, kita mengambil wuduk dahulu, membaca doa sebelum tidur dan memejamkan mata. zzzzzzzzzzz

Tiba-tiba panggilan mimpi menjelma dikhayalan tidur. Didatangi seekor burung yang terbang hinggap di pohon khayalan tiduran. Matanya merenung tajam di hadapan anda. Kemudian, mata yang mulanya seperti burung biasa secara mengejut berubah warna menjadi ............(sambung sendiri ^^ )
[ Ia hanya khayalan penulis ketika menaip ]

Tahukah apa yang berlaku ketika tidur?

Dari sekolah lagi, kita diajar bahawa badan memerlukan rehat. Oleh itu, manusia perlukan tidur yang mencukupi. Namun, ia hanya dari segi sains semata-mata. Pernahkah kita terfikir bahawa malam itu malam terakhir kita di alam ini? Seram bunyinya, tapi ini ialah realiti.

Bayangkanlah, kita akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan kita berdosa dan tidak sempat bertaubat kerana nyawa kita ditarik ketika tidur. Alangkah rugi dan hinanya kita. Mungkin pada masa itu, hati kita mula rasa menyesal kerana tidak melakukan solat taubat pada setiap malam hari dan solat hajat meminta petunjuk di setiap malam. Alangkah ruginya kita..

Kematian datang tanpa mengira batasan waktu. Esok, lusa mahupun tulat, mungkin kita akan dipanggil untuk menghadap Allah swt. Kemudian, dihisab timbangan, dihitung seberat zarah kebaikan dan segunung penuh kedosaan. Tidakkah kita pasti akan berasa rugi?

Nikmat usia jangan disalah erti

Berpusing-pusing perkataan "nikmat" ketika hidup di kepala kita.
" Alahai, apakah yang telah aku lakukan dikala aku hidup dibumi," gusar hati kita dihadapan Allah.
Pada masa itu, kita nak marah sesiapa pun tak boleh kerana perbuatan yang telah kita lakukan. Malah, syaitan yang dahulu sahabat karib kita pun dah awal-awal lagi ditolak ke neraka. Bak kata manusia di bumi, "pandai buat, pandai tanggung".

Sekarang, baru kita sedar nikmat sebenarnya usia. Bukan setakat nikmat lazat menikmati aiskrim di hospital sahaja ketika sedang sakit, tetapi nikmat dikurniakan "peluang" untuk kita hidup dan bertaubat kepadaNya.
Cuba kita "cari" sekejap kitab suci Al Quran. Berhabuk tak rasanya? Jika begitu, cepat-cepatlah dan berlumba-lumbalah menciumnya sementara usia sedang diberi selepas tersedar membaca artikel ini.

Jangan lengah lagi untuk segera bertaubat, sementara masih ada kesempatan waktu. Sharekan artikel ini untuk perkongsian bersama teman agar kita benar-benar berusaha menjadi hambaNya yang sentiasa dahagakan hidayah dari Nya.