Info Intimnya Laki-Laki
Kata org, kehidupan seks terbaik rata-rata mampu dinikmati oleh lelaki yang bertubuh sederhana. Tetapi lelaki gemuk yang sedang menjalani diet dikatakan mampu memberi pengalaman seks yang luar biasa....kenapa? Tak percaya? Keberkesanan menurunkan berat badan dan mengurangi lemak di perut mampu membuatkan kehidupan seksual jauh lebih baik dan terbukti boleh memuaskan pasangan. Ini berpandukan seksual keyakinan diri dan rasa percaya mereka secara emosi dan fizikal terhadap tubuh baru yang mereka miliki. Ia terbukti apabila disokong oleh pengkaji dari hospital diRaja Adelaide dan Universiti Adelaide yang menyatakan penurunan berat badan memberi kesan positif terhadap kehidupan seksual. Tambah profesor Gary Wittert dari Universiti Adelaide bahawa program diet yang diambil, akan menyihatkan perjalanan jantung di samping mengenepikan kesan negatif sampingan. Secara tidak langsung, akan melancarkan perjalanan darah.